Alhamdulillah, hari ini 24 Jun 2010, dah sebulan kami berada di UK. Cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari. Yang lalu menjadi sejarah. Semoga apa yang telah berlalu, sedang kita lalui dan akan kita lalui itu berguna untuk kita di akhirat kelak. Kehidupan yang benar-benar hakiki hanyalah diakhirat. Dunia ini hanyalah tempat kita mencari bekal untuk kehidupan disana.
Setelah sebulan disini, pelbagai perkara telah kami lalui. Antara yang penting:
1. Duduk dengan hos selama hampir tiga minggu. Walaupun kami tak pernah kenal hos kami (Abg Fadil Jawa & Kak Farizah Cikinur) sebelum tiba di Nottingham ini, namun Alhamdulillah sekarang ni dah rasa macam adik-beradik. Segala masalah boleh dikongsi. Indahnya ukhuwwah islamiah ini. Semoga ia terus subur.
2. Adni masuk hospital (demam panas) - walaupun hanya 3 jam, tapi satu pengalaman yang amat bermakna. Ummu Ammar tengah tulis untuk isu ini, dah separuh jalan rasanya. Bila nak habis dan publish kat sini tak taulah. Itulah isteriku yang selalu sibuk dengak anak-anak. Macam-macam nak buat, tapi 3 anak itulah keutamaan yang tak boleh dia nak lari. Semoga Allah bagi pahala besar buat isteriku yang memberikan komitmen yang tinggi untuk anak-anak. Ya Allah, sayangilah isteriku bagaimana dia menyayangi anak-anakku sejak dari kecil.
3. Mencari dan mendaptkan rumah sewa - pun satu pengalaman yang cukup manis. Ada satu kes untuk rumah sewa ni, kami bawak 'bonzer' untuk berbincang dengan Orang puteh agen rumah tu. Akhirnya tak dapat juga. Orang putih tu lagi besar dari 'Bonzer' yang kami bawak. Kredit tu abang Fadil yang jadi bonzer . :). Anyway, memang doa kami semasa istiqarah untuk dapatkan rumah ini, " jika rumah yang kami akan duduk tu baik untuk kami dan Islam, kami mohon Allah mudahkan". Jadi bilamana Allah susahkan untuk kami dapat rumah masa tengah cari rumah tu, kami tak pernah kecewa, bahkan yakin bahawa mesti tu tak elok. Alhamdulillah, rumah yang kami duduk sekarang, memang mudah semasa kami berurusan dengan tuan sejak dari awal hingga hari ni. Semoga akan terus dimudahkan oleh Allah segala urusan kami.
4. Beli elektrik secara online melalui comet - kat sini agak selesa untuk beli barang secara online. Mudah, cepat bahkan lebih murah dibandingkan dengan pembelian di kedai. Pun begitu, pengalaman saya membeli mesin basuh dengan comet ni agak mengecewakan. Sepatutnya, barang tu tiba hari selasa 22 Jun 2010. Tapi, tak tiba pada hari yang dijanjikan. Saya komplen hanya melalui emel petang itu juga. Lalu pada hari berikutnya, customer service mohon maaf dan terus tawarkan free delivery dan saya boleh pilih special time untuk penghantaran pada hari lain secara percuma. Patutnya delivery kena bayar £20 dan nak pilih time pun kena bayar lagi sekian jumlah. Kos penghantaran yang kami telah bayar akan dipulangkan katanya. Harapnya, barang tu sampai esok. Hikmahnya, kami dapat balik duit £20 pound bersamaan RM100 (banayk tu) - kos penghantaran. Setiap sesuatu yang berlaku, mesti ada hikmahnya. :)
5. Freecycle -di UK ni, banyak benda yang boleh dapat free. Antara caranya carilah di freecycle. Meja, kerusi, rak, almari, piano, katil, tv, kasut, baju budak dan macam-macam lagi boleh dapat secara percuma sahaja tanpa perlu beli. Apa yang perlu hanyalah buka website tu, register jadi member, dan tengoklan offer yang dibuat oleh orang-orang yang memberikan barangan mereka kepada orang lain secara percuma. Tak perlu beri. Barangnya pulak masih berkualiti dan bukan barang buruk. Kami sendiri dah ambil beberapa barang melalui freecycle ini. Memang berbaloi. Kiranya, kalau tak dak duit pun boleh settle down dengan agak selesa kat sini. Heaven kata orang putih. Tapi heaven yang sebenar di akhirat kelak adalah jauh dari capaian otak mahupun internet yang kita ada.
Banyak lagi perkara yang ingin dikongsi. InsyaAllah, moga Allah bagi kekuatan. Semoga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian yang sidikit ini.
Read more...
Thursday, 24 June 2010
Sebulan di Nottingham
Saturday, 29 May 2010
Muhajirin dan Ansar di Nottingham
Pun begitu, turut tercatat peristiwa seperti Saidina Abdul Rahman Auf yang hanya mahukan ditunjukkan kepadanya pasar untuk beliau berniaga. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa, walaupun kaum muhajirin ditawarkan dengan pelbagai tawaran hebat dari kaum Ansar mereka tidaklah mengambil kesempatan. Tetapi hanya mengambil sekadar yang diperlukan sahaja.
Di Nottingham, sudah menjadi rutin sekiranya ada keluarga pelajar dari Malaysia yang berpindah ke mari akan di berikan satu 'host'. Keluarga yang baru datang akan tinggal di rumah 'host' sehingga mereka mendapat rumah sendiri. 'Host' akan turut membantu keluarga yang baru datang untuk 'settle down' disini. Alhamdulillah, keluarga kami telah dipersaudarakan dengan keluarga Abang Fadil dan Kak Farizah. Kami rasa bersyukur kepada Allah kerana dipersaudarakan dengan mereka. Sikap ramah dan mesra mereka menjadikan tidak kekok langsung berada disini. Semoga peristiwa hijrah di zaman nabi akan menjadi pedoman buat kami untuk menjadikan persaudaraan di Nottingham ini benar-benar bermakna. Dan mudah-mudahan persaudaraan ini akan membuahkan ukhuwwah fillah yang berkekalan hingga ke akhirat.
Tuesday, 25 May 2010
Porter: Bantuan dari Allah
Selepas mendarat. Sebelum keluar dari perut kapal
Alhamdulillah, selepas 14 jam di udara, kami selamat sampai di Heatrow, London pada jam 7 petang waktu UK (2 pagi waktu Malaysia). Kamilah penumpang terakhir yang keluar dari kapal terbang. Anak-anak dikejutkan dari tidur lebih awal untuk menyiapkan untuk berjalan keluar dari airport. Hakikatnya, 2 pagi waktu Malaysia ialah waktu tidur.
Tiba di Heatrow kami perlu melepasi pemeriksaan imigresen juga pengesahan kesihatan. Alhamdulillah, kami tidak perlu beratur panjang kerana ada 'fast lane' untuk keluarga dengan anak-anak kecil. Inilah rezeki dari anak-anak, syukur kepada Allah. Di sini, passport dengan visa akan diperiksa. Kemudian, disebabkan kami akan berada lama disini, kami juga dikehendaki menunjukkan keputusan x-ray yang telah dibuat di Malaysia . Tiada sebarang masalah kepada kami untuk melepasi semua ini kerana telah dimaklumkan lebih awal. Alhamdulillah, Allah mudahkan.
Perjalanan kami ke UK yang turut ditemani oleh 121kg barang ditambah dengan 3 'hand luggage' dan satu beg laptop adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Di KLIA, tidaklah menjadi masalah besar kerana kami dibantu oleh sanak saudara yang menghantar kami. Tetapi yang bakal menjadi masalah ialah apabila tiba di Heatrow, London. Bagaimanakah kami suami isteri dengan tiga anak kecil nak membawa barang keluar dari airport. Dengan nak kena istihar pada kastam lagi. Satu isu besar yang cukup membimbangkan. Pun begitu, kami selalu ingat bahawa doa orang musafir insyaAllah akan dimakbulkan. Justeru, kami terus berdoa kepada Allah agar dimudahkan segala urusan.
Selepas proses imigresen, kami pun bergerak ke tempat pengambilan barang. Sebaik turun dari tangga mata kami terus melirik kepada satu troli bertulis 'porter'. Apa benda ni? Terus saya bertanya seorang lelaki india yang memakai baju bertulis porter. Katanya, mereka menyediakan servis untuk menghantar barang hingga keluar dari airport. Alhamdulillah, itulah bagi kami bantuan dari Allah. Doa musafir kami di makbulkan Allah. Lelaki india porter tersebut menolong kami mendapatkan semua barang dari 'belt' dan seterusnya menolak troli ini keluar. Servis ini mengenakan bayaran 18 pound.
Setelah itu, kami perlu melalui kastam untuk mengistiharkan barang-barang. Disebabkan ada makanan yang dibawa, maka kami masuk melalui pintu merah. Sampai diruangan itu, kami mencari kastam. Tiada pegawai yang bertugas disitu. Lalu porter mencadangkan agar saya membuat panggilan di telefon yang ada diruang itu. Terus ditelefon, bercakap dengan pegawai di talian telefon dan pegawai itu bertanya apa yang mahu saya istihar. Saya cakap ada rempah ratus untu masakan. Selepas beberapa soalan lain yang dijawab dengan hanya dengan 'NO', kami diberikan kelepasan untuk berlalu tanpa perlu membuka kotak-kotak barang yang banyak. Alhamdulillah, satu lagi bantuan dari Allah.
Pengalaman kami di Australia, jelas menunjukkan bahawa di Heatrow, pemeriksaan kastamnya tidaklah terlalu ketat. Jika di Australia, semua barang yang hendak dibawa akan melalui mesin untuk diperiksa dengan teliti. Sukar sekali untuk melepasi kawalan kastam di Australia. Tetapi di Heatrow, tidaklah terlalu tegas. Jika kami melalui pintu hijau pun, tiada sebarang pemeriksaan akan dilakukan. Itu yang kami nampak. Wallahualam.
Troli porter yang penuh dengan barang kami selepas melepasi kastam
Selepas kastam, porter tersebut turut membantu kami dengan menelefon kawan kami yang akan menyambut di sini iaitu Tazli dan Firdaus. Selepas hampir 15 minit mereka tiba di airport. Porterlah yang membantu menunjuk jalan keluar seterusnya berjumpa dengan Tazli dan Firdaus serta memasukkan semua barang-barang dalam kenderaan mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang membantu. Semoga Allah memberikan kita semua kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Read more...
Dua Kapal Terbang?
Perjalanan kami ke London di uji dengan satu lagi episod. Episod dua kapal terbang. Kami sepatutnya berlepas jam 10.05 pagi waktu Malaysia. Dah duduk diam-diam dalam kapal terbang, semua penumpang dah sedia nak terbang, tetiba kapten kapal kata pintu kargo tak leh tutup. Jurutera sedang bertungkus lumus nak tutupkan pintu tu. Kapal terbang pertama (MH004) yang tak boleh terbang
Ammar & Aisyah dah sedia nak terbang (dalam kapal terbang pertama)
Lepas setengah jam, masih tak leh tutup, kapten kata kemungkinan besar kami semua kena tukar kapal. Selepas sejam, barulah kapten 'confirm' yang kapal tak boleh terbang hari ini. Katanya, " Kapal terbang ini sah tidak boleh terbang pada hari ini." Dalam kepala kami, kena balik rumah dulu ke hari ini. Lepas tu baru dia sambung, " Kita tukar kapal terbang, dijangka berangkat jam 12.30. Pun begitu, bukanlah senang untuk saya dan isteri dengan bayi dan dua anak dengan 'hand luggage' yang agak banyak dan berat pulak untuk pindah kapal terbang. Jauh pulak nak berjalan ke terminal lain, hanya Allah yang beri kekuatan. Dalam perjalanan, sempat juga kami berhenti makan 'Apple Pie Burger King' gara-gara perut dah lapar. Rezeki dari Allah.
Dalam perjalan ke kapal terbang ke-2. Ada shuttle yang Ammar bawak belakang tu tapi tak jalan. :)
Alhamdulillah, masuk pesawat ke dua jam 12.30, jam 1 terus berlepas.
Ammar dah layu dan Aisyah terus tido sebaik masuk kapal terbang kedua.
Pengajarannya:
1. Jangan bawak banyak 'hand luggage'. Walaupun kami tahu sebelumnya, tapi kami ni terpaksa sebab banyak sangat barang nak bewak ke UK. 120 kg (maximum) dah masuk kargo. Bakinya itulah yang kami bawak naik ke atas.
2. Doalah kepada Allah selalu, zikir dengan ' Lahaulawalaquwwataillabillah'. InsyaAllah, mampu memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi segala musibah dan dugaan.
Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Read more...
Monday, 24 May 2010
Journey Begins
By Ummu Ammar
Saying GOODBYE can be very difficult, especially when it means leaving family, friends and familiar surroundings behind. No words can ever describe our feelings from the moment we left Sidam (Wednesday,20May) and Manjoi (Friday,21 May). We started the journey with Azan by Ayah & it was so touching. Huhuhu...i'm now crying.It was a difficult moment in our hearts and it ended in KLIA on 23 May 2010 whre KLIA was sort of "flooded" with our tears again (after 5 years we left for Perth in 2005). Let us (oopss,me) forget the sad episode & how to overcome it?Very touching azan by Ayah
1. Let's have a window open in our hearts for there will be new family & friends to hold each other and of course new challenges to meet!
2. Nawaitu..InsyaAllah this would be the strength in starting a new life far from home. Seeking knowlegde for the sake of Mardhatillah as part of Sunnah and that's the gold mission to be accomplished! Hubby already achieved it in Perth & now we together with 3 kids have to "all-out" in UK for the next three years, InsyaAllah. May Allah bless our journey.
3. Death will be the end of our life. We must always prepare to live after that (in the hereafter).
Ammar&Aisyah enjoying themselves in Tazli's bathroom now. It looks like 'hotel'for them because there is a bath tub:) inyaallah, the journey begins& till we meet again.
Travel is a means to an end, to a new place call home.
Read more...
Thursday, 8 May 2008
Salam Dari Niagara Fall, Ontario, Canada
Untuk dikenali sebagai seorang muslim di sini, saya memilih untuk memakai kupiah hampir setiap masa walaupun saya jarang-jarang pakai kupiah di Malaysia. Terbukti, ramai orang mengenali saya sebagai muslim dari Malaysia tanpa perlu saya perkenalkan diri. Ada saja orang akan memberi salam. Skali pandang kita tak akan tahu orang tu sedara semuslim dengan kita. Bila ditanya, jawabnya, "Alhamdulillah, I am a muslim". Kalau diamati gaya jawab mereka, memang nampak yang mereka disini amatlah menghargai nikmat hidup sebagai seorang muslim.
Saya sempat bersembang dengan salah seorang peserta conference(muslimah) yang juga seorang muslim warganegara Canada. Beliau sedang membuat PhD di salah sebuah universiti disini. Beliau menetap di Canada semenjak berumur sepuluh tahun. Beliau bertanya kepada saya, "Can you speak Arabic?". Dengan penuh rasa malu, saya mengaku, "I can't". Untuk pengetahuan, dia mampu berbahasa Arab dengan fasih. Pada hemat saya, dia juga adalah seorang muslimah yang solehah. Dari gaya sembangnya, pemakaiannya dan serba serbinya, jelas munujukkan beliau seorang muslimah yang taat kepada perintah Allah walaupun tinggal dinegara minoriti umat Islam. Setelah berbincang kami setuju bahawa sebagai seorang muslim kita sepatutnya mampu bertutur atau setidak-tidaknya memahami bahasa Al-Quran tersebut. Inilah, bahasa kita seorang muslim. Keperluan kita memahami bahasa ini bukan sekadar memudahkan komunikasi dengan sudara semuslim kita tetapi yang lebih penting untuk memahami Aq-Quran itu sendiri. Justeru, saya menyeru diri saya sendiri dan semua sahabat-sahabat untuk sama-sama kita mempelajari dan menguasai bahasa Arab. InsyaAllah, untuk kesejahteraan kita. Sedangkan orang yang tinggal di Canada yang minoritinya orang Islam mampu menguasai bahasa Arab, apakaha kita yang tinggal dinegara majoriti umat Islam tidak mampu mengusainya. Cakap memang senang, nak buat yang susah. InsyaAllah, kita tanam azam dulu. :). Tidak salah rasanya kalau saya katakan, bahasa arab juga melambangkan identi kita sebagai muslim.
Adakah hidup kita berkualiti?
Dan saya juga amat yakin jika seseorang itu lebih dekat dengan agamanya yang bukan Islam, dia akan mengetahui kecelaruan dalam agamanya, dan akhirnya mencari agama yang benar yang tidak lain dari Islam. InsyaAllah.
Walaupun bab ini tiada kesinambungan dengan perbincangan di atas. Tapi saya rasa penting untuk dikongsi. Kalau ada sahabat-sahabat yang berminat untuk further study dengan mengambil Master atau PhD by research, sebenarnya peluang anda cukup luas di US dan Canada. Banyak research grant yang menanti good students macam anda semua. Anda tidak perlu bimbang pasal duit. Anda belajar dan anda dapat duit. Kalau nak lebih lagi, silalah mengajar. Caranya mudah, kalau anda rasa anda ingin tinggal dan mendapat pengalaman hidup di Amerika ni, silalah layari laman-laman web universiti-universiti disini. Contact profesor-profesor yang ada research grant dalam bidang yang anda minati. Walaubagaimanapun, anda mestilah mampu mendomenstrasikan kebolehan anda dengan bukti-bukti yang cukup. Kalau nak terus menetap kan sini pun boleh, senang-senang saja orang dapat PR mahupun resident kat sini. Diorang ni tak cukup orang sebenarnya. Ini saya dapat dari salah satu presentation dalam conference. They need people to migrate and stay here. Tapi, saya tak galakkan orang Malaysia duk sini lama-lama, eloklah kita berkhidmat kat negara kita. Kita jadikan negara kita hub kepada perkembangan dan kemajuan umat Islam sedunia. InsyaAllah. Nak tau lebih lanjut? Kita sembang kemudian. Teleponlah saya, atau datanglah ke rumah.
InsyaAllah, saya akan bertolak balik ke Malaysia hari ini, tak sabar nak jumpa anak-anak dan isteri. Doakan agar saya selamat sampai di Malaysia. Jumpa lagi. Wassalamualaikum wbh.
