Alhamdulillah, hari ini 24 Jun 2010, dah sebulan kami berada di UK. Cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari. Yang lalu menjadi sejarah. Semoga apa yang telah berlalu, sedang kita lalui dan akan kita lalui itu berguna untuk kita di akhirat kelak. Kehidupan yang benar-benar hakiki hanyalah diakhirat. Dunia ini hanyalah tempat kita mencari bekal untuk kehidupan disana.
Setelah sebulan disini, pelbagai perkara telah kami lalui. Antara yang penting:
1. Duduk dengan hos selama hampir tiga minggu. Walaupun kami tak pernah kenal hos kami (Abg Fadil Jawa & Kak Farizah Cikinur) sebelum tiba di Nottingham ini, namun Alhamdulillah sekarang ni dah rasa macam adik-beradik. Segala masalah boleh dikongsi. Indahnya ukhuwwah islamiah ini. Semoga ia terus subur.
2. Adni masuk hospital (demam panas) - walaupun hanya 3 jam, tapi satu pengalaman yang amat bermakna. Ummu Ammar tengah tulis untuk isu ini, dah separuh jalan rasanya. Bila nak habis dan publish kat sini tak taulah. Itulah isteriku yang selalu sibuk dengak anak-anak. Macam-macam nak buat, tapi 3 anak itulah keutamaan yang tak boleh dia nak lari. Semoga Allah bagi pahala besar buat isteriku yang memberikan komitmen yang tinggi untuk anak-anak. Ya Allah, sayangilah isteriku bagaimana dia menyayangi anak-anakku sejak dari kecil.
3. Mencari dan mendaptkan rumah sewa - pun satu pengalaman yang cukup manis. Ada satu kes untuk rumah sewa ni, kami bawak 'bonzer' untuk berbincang dengan Orang puteh agen rumah tu. Akhirnya tak dapat juga. Orang putih tu lagi besar dari 'Bonzer' yang kami bawak. Kredit tu abang Fadil yang jadi bonzer . :). Anyway, memang doa kami semasa istiqarah untuk dapatkan rumah ini, " jika rumah yang kami akan duduk tu baik untuk kami dan Islam, kami mohon Allah mudahkan". Jadi bilamana Allah susahkan untuk kami dapat rumah masa tengah cari rumah tu, kami tak pernah kecewa, bahkan yakin bahawa mesti tu tak elok. Alhamdulillah, rumah yang kami duduk sekarang, memang mudah semasa kami berurusan dengan tuan sejak dari awal hingga hari ni. Semoga akan terus dimudahkan oleh Allah segala urusan kami.
4. Beli elektrik secara online melalui comet - kat sini agak selesa untuk beli barang secara online. Mudah, cepat bahkan lebih murah dibandingkan dengan pembelian di kedai. Pun begitu, pengalaman saya membeli mesin basuh dengan comet ni agak mengecewakan. Sepatutnya, barang tu tiba hari selasa 22 Jun 2010. Tapi, tak tiba pada hari yang dijanjikan. Saya komplen hanya melalui emel petang itu juga. Lalu pada hari berikutnya, customer service mohon maaf dan terus tawarkan free delivery dan saya boleh pilih special time untuk penghantaran pada hari lain secara percuma. Patutnya delivery kena bayar £20 dan nak pilih time pun kena bayar lagi sekian jumlah. Kos penghantaran yang kami telah bayar akan dipulangkan katanya. Harapnya, barang tu sampai esok. Hikmahnya, kami dapat balik duit £20 pound bersamaan RM100 (banayk tu) - kos penghantaran. Setiap sesuatu yang berlaku, mesti ada hikmahnya. :)
5. Freecycle -di UK ni, banyak benda yang boleh dapat free. Antara caranya carilah di freecycle. Meja, kerusi, rak, almari, piano, katil, tv, kasut, baju budak dan macam-macam lagi boleh dapat secara percuma sahaja tanpa perlu beli. Apa yang perlu hanyalah buka website tu, register jadi member, dan tengoklan offer yang dibuat oleh orang-orang yang memberikan barangan mereka kepada orang lain secara percuma. Tak perlu beri. Barangnya pulak masih berkualiti dan bukan barang buruk. Kami sendiri dah ambil beberapa barang melalui freecycle ini. Memang berbaloi. Kiranya, kalau tak dak duit pun boleh settle down dengan agak selesa kat sini. Heaven kata orang putih. Tapi heaven yang sebenar di akhirat kelak adalah jauh dari capaian otak mahupun internet yang kita ada.
Banyak lagi perkara yang ingin dikongsi. InsyaAllah, moga Allah bagi kekuatan. Semoga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian yang sidikit ini.
Thursday, 24 June 2010
Sebulan di Nottingham
Labels:
Musafir,
Nottingham
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menarik-menarik...freecycle...erm..patut kelantan kena tiru, takaful
ReplyDeletememang boleh diambil...kita pun selalu je ada barang yang kita tak pakai..leh bagi kat org...
ReplyDelete