Assalamualaikum wbh,
Alhamdulillah... segala puji bagi Allah yang mengurniakan rahmat kasih sayangNya di fasa terakhir Ramadhan. Moga kita sama-sama melipatgandakan ibadah, menagih kasih sayangNya buat bekalan menuju alam akhirat yg kekal abadi..
Ramai sahabat yang bertanyakan pakej haji kami..Moga perkongsian kali ini membawa manfaat buat semua. Dalam kita merantau menuntut ilmu di benua Eropah ini atau sesiapa yang berkesempatan melanjutkan pengajian ke UK di masa akan datang, rebutlah peluang untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam yang kelima. Alhamdulillah Allah telah memakbulkan permintaan saya dan suami... kami memang berazam untuk menunaikan haji dari UK, bertambah semangat lagi setelah mendengar cerita daripada Abang Hisyam dan Kak Nini yang pergi ke Makkah sewaktu Abang Hisyam buat PhD.
Kenapa dari UK?
1. Kuota
Kalau di Malaysia, kita perlu mendaftar dan beratur lama dengan Tabung Haji. Di UK, kuotanya banyak dan InshaAllah masih boleh diuruskan paling lewat 3 minggu sebelum berangkat (seperti kisah Kak Ita & Abg Khairul yang saya ceritakan sebelum ini)
2. Umur muda, tenaga masih kuat
Rata-rata yang sebaya dengan kami mendapat giliran haji tatkala usia menjangkau lebih 60-an. Masha Allah.. lama sangat nak tunggu. Kesempatan yang Allah beri kepada kami untuk menjadi tetamuNya membuatkan kami semangat untuk menyeru sahabat-sahabat semua untuk rebut peluang pergi dari UK. Bukankah di antara soalan yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti ialah apakah yang kita lakukan di usia muda? Subhanallah.. hakikat kembara haji adalah satu perjalanan yang memerlukan fizikal yang kuat. Very Physically demanding! Ianya satu kembara yang bukan sahaja untuk menjiwai tarbiyah ruhiyah ke hadrat Allah SWT semata-mata... ianya melibatkan segala aspek tarbiyah. InshaAllah dengan usia dan tenaga muda yang Allah kurniakan boleh dimanfaatkan. Di sana ramai jemaah yang memerlukan tenaga orang muda, tidak kira dari mana kita datang dan siapa dia. Di sana juga kita lihat kehebatan Allah SWT... dikurniakan juga kudrat si bongkok tiga bertawaf mengelilingi Kaabah lebih laju daripada kita yang muda :)
Yang mana satu???
InshaAllah kalau kita dah ada niat, maka bermulalah episod pertama.. Agen mana yang nak ikut ni?
Kembara Haji kami ditakdirkan Allah dengan agen yang mendapat rating buruk di forum haji UK.
(kami tak tau sehinggalah diberitahu oleh Kak Ita dan pulang selesai Haji barulah berkesempatan membaca komentar jemaah sebelum ini) Ingin saya berkongsi dengan semua, walau sehebat mana pun pakej yang kita pilih... bayar mahal atau murah... Agen itu hanya sebagai alat yang disediakan oleh Allah SWT untuk menerima diri kita yang hina ini datang sebagai tetamu di rumahNya. Rasulullah SAW pernah menyatakan mengerjakan haji itu adalah jihad. Tiada jihad tanpa pengorbanan. Tiada carpet merah yang dibentangkan untuk menyambut kita.. tiada itinerary perjalanan yang sempurna dan lancar disediakan oleh agen. Tidak perlu kita merungut andaikata agen lewat & tak tepati waktu... layakkah kita komplen bila dijemput ke rumah yang begitu agung di muka bumi ini? Jika terasa tak puas hati dengan servis agen, bayangkanlah kesusahan junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang jauh lebih perit. Rasulullah SAW telah mengingatkan umat baginda bahawa ibadat Haji itu:
'Kusut masai dan berdebu'
Solat Istikharah...
Menjadi sunnah untuk kita istikharah sebelum mengorak langkah.. Bukan istikharah untuk mohon petunjuk Allah nak pergi Haji ataupun tak sebab bila Allah nak pilih kita sebagai tetamuNya.. ia adalah satu nikmat keemasan yang sebaiknya tidak dilengah-lengahkan. Istikharah untuk Allah bantu kita buat pilihan agen mana yang perlu kita ikut.. Hanya Allah SWT yang mengetahui sebaik-baik agen untuk membawa kita dan segalanya sudah diaturkan oleh Allah tatkala kita melangkah keluar dari rumah menuju Baitullah..
Apa yang penting?
Belajar dan terus belajar mengenai fardhu Haji. Rasulullah SAW telah mewajibkan ke atas setiap umat Islam menuntut ilmu. Kalau di Malaysia kursus Haji disediakan oleh Tabung Haji di seluruh pelusuk tanah air, di UK ni kita mesti mencari guru. Alhamdulillah walaupun tiada kursus intensif disediakan oleh agen.. Allah mudahkan kami mengutip butiran mutiara daripada mereka yang berpengalaman..Kami 'berkursus' 2 hari 1 malam ketika menziarahi Abang Q dan Kak Fidah di London dan juga 2 jam sebelum iftar bersama Ustaz Saiful di Loughborough ( kebetulan mereka berpengalaman mengerjakan Haji tahun sebelumnya). Begitu juga di Green Academy ( tetapi kami agak blurr sebab banyak istilah Urdu digunakan). Fakhizan banyak membaca buku-buku Haji dan saya ternyata masih kabur walaupun banyak kali baca. InshaAllah sahabat-sahabat jangan khuatir.. Mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan. Proses menuntut ilmu Haji ini tiada noktahnya walaupun kita sudah sampai di Makkah. Di sana kami manfaatkan waktu yang ada, mengutip mutiara ilmu di mana dan dengan sesiapa sahaja. Sempat kami belajar mengenai Wukuf & Melontar sewaktu bertemu dengan Kak Yong (sepupu saya) ketika bertemu untuk makan tengahari di foodcourt, begitu juga dengan Ustaz Zulkarnain (pakej Rayhar) ketika menziarahi Adie (seorang lagi sepupu saya) di hotel beliau. Begitu juga dengan Makcik Khairiah... subhanallah... indahnya ukhuwwah di Tanah Suci Makkah.. Makcik ini kami jumpa setiap kali solat fardhu di zon muslimat ( underground). Dia banyak berkongsi pengalaman menunaikan Haji sehingga berlinangan airmata kami menginsafi lemah dan hinanya diri kita. Beliau nasihatkan kami untuk memanfaatkan sebaik-baiknya nikmat dijemput menjadi tetamu Allah.
Mencari Sahabat yang Soleh...
Apabila kita bermusafir, kita digalakkan untuk bermusafir bersama-sama sahabat yang soleh. Alhamdulillah kami pergi berenam dan di sana lebih banyak memudahkan pergerakan kita apabila ada sahabat yang mengiringi. Andaikata tiada sahabat, kita terpaksa pergi seorang diri bersama suami.. yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Di sana akan Allah temukan kita dengan sahabat-sahabat yang soleh, walaupun berlainan latarbelakang dan warna kulit.. cakap pun macam ayam dan itik sebab kebanyakan 'makcik-makcik' dari UK ni tak boleh berbahasa Inggeris. InshaAllah kita akan terasa indahnya ukhuwwah yang bersulamkan iman dan taqwa. Untuk jemaah muslimat, ada ruang 'eksklusif'' untuk kaum wanita sahaja di underground ( GATE NO 2). Kami lebih selesa di situ kerana kurang sesak dan semuanya muslimat dan senang untuk dapatkan air zamzam. Alhamdulillah ada air-cond juga :).
Pakej tambang murah UK...
Rumah kami jauh.. rata-rata jemaah Malaysia yang kami temui terkejut sebab kami perlu naik teksi ke Masjidil Haram setiap hari. Tiada makanan disediakan. Alhamdulillah di sana Allah mudahkan kami untuk makan segala juadah Malaysia yang kami rindui di Safa Tower. Sewaktu berbaris membeli roti canai, kami memberi salam kepada yang tua. Org Malaysia memandang kami agak pelik. Mungkin kerana tiada cop "MALAYSIA'. Mereka bertanya dengan penuh mesra " Anak dari mana.. ikut pakej mana"?
"Untungnya kamu..Allah nak bagi pahala lebih.. kami ni Allah uji dengan kesenangan.. turun bawah terus ke Masjid.. makanan pun dah tersedia 24jam."
Kami alas perut dengan cereal drink di Apartment sebelum bergerak ke Masjidil Haram, breakfast dengan bekalan roti dan cereal bar setelah solat Subuh. Alhamdulillah cukup untuk alas perut sehingga selesai waktu Dhuha dan bergerak ke Safa Tower untuk brunch (Alhamdulillah bukan sahaja dapat jimat duit tetapi apa yang penting dapat recharge tenaga dan jimat masa). Walaupun harga makanan di foodcourt agak mahal, ianya amat selesa untuk kami berehat seketika sebelum waktu Zohor. Pergi ke tandas dan ambil wuduk siap-siap (sebab toilet di Masjidil Haram agak jauh.) Kami keluar dari Masjidil Haram setelah selesai Isya' dan singgah untuk dinner samada di warung bakso Indonesia atau di kedai Pakistan berhampiran hotel.
Terima kasih atas ilmu ini
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)