Sunday, 6 June 2010

Rumah di syurga


Klik atas gambar untuk tengok dari pelbagai sudut

Alhamdulillah, minggu ini pada hari Jumaat yang mulia, Allah telah mudahkan kami untuk mendapat satu rumah sewa di Nottingham ini. Kami selalu berdoa kepada Allah, jika rumah yang kami akan sewa itu baik untuk kami, baik untuk Islam, baik tuan rumahnya, baik segala serba serbinya, maka mudahkan urusan kami untuk mendapatkan rumah tersebut. Dan Alhamdulillah, Allah mudahkan kami untuk mendapat rumah no 97, Froster Street, NG7 3DH ini setelah Allah sukarkan laluan kami untuk rumah-rumah lain yang telah kami tinjau dan risik sejak dua minggu lepas.

Perkongsian pengalaman oleh 'host' kami iaitu Abg Fadil dan isterinya Kak Farizah banyak menjadi panduan untuk kami mencari rumah untuk disewa disini. Mereka contohnya, pernah ditipu oleh agen perumahan hingga kerugian 200 pound. Agen berkenaan iaitu 'City Letting' seringkali tidak menunaikan janji. Sudah ramai yang kena tipu. Saya sempat meneliti 'customer review' berkenaan agen-agen perumahan di'UK ini melalui carian google dan ternyata 'City Letting' termasuk dalam kategori 'Terrible'. Justeru, berhati-hati dengan 'City Letting'.

Pun begitu, ada juga yang menyewa terus dari tuan rumah juga pernah menghadapi masalah apabila tuan rumah tidak mahu menyelenggara rumah. Jika berlaku kerosakan contohnya, boiler untuk pemanas rosak. Maka sukar sekali untuk penyewa terus tinggal di rumah yang tidak diselenggara dengan baik.

Jelas sekali pelbagai risiko bakal dilalui oleh pelajar Malaysia dalam menyewa rumah di UK. Pada siapa boleh kita bergantung? - Jawapannya, hanya pada ALLAH. Hanya Allah yang tahu yang terbaik dalam segala urusan. Bergantunglah kepadaNYA. Semoga, Allah menjadikan tuan rumah kami baik hati dan pemurah serta memberikan khidmat yang baik kepada kami sebagai tuan rumah. Dan semoga Allag jua memberi kami kekuatan untuk memberikan yang terbaik agar memuaskan hati tuan rumah kami yang juga muslim berbangsa Pakistan.

Semoga rumah ini akan menjadi umpama syurga yang memberikan ketenangan kepada penghuni serta semua tetamu yang datang berkunjung. Jemputlah ziarah kami disini.

Rumahku, syurgaku. Semoga kita beroleh rumah di syurga kelak.



1 comment:

  1. mcm tk percaya, before this tgk kot blog.. alih2 dah jejak kaki masuk dalam rumah pun :)

    ReplyDelete