Tuesday 25 May 2010

Porter: Bantuan dari Allah















Selepas mendarat. Sebelum keluar dari perut kapal

Alhamdulillah, selepas 14 jam di udara, kami selamat sampai di Heatrow, London pada jam 7 petang waktu UK (2 pagi waktu Malaysia). Kamilah penumpang terakhir yang keluar dari kapal terbang. Anak-anak dikejutkan dari tidur lebih awal untuk menyiapkan untuk berjalan keluar dari airport. Hakikatnya, 2 pagi waktu Malaysia ialah waktu tidur.

Tiba di Heatrow kami perlu melepasi pemeriksaan imigresen juga pengesahan kesihatan. Alhamdulillah, kami tidak perlu beratur panjang kerana ada 'fast lane' untuk keluarga dengan anak-anak kecil. Inilah rezeki dari anak-anak, syukur kepada Allah. Di sini, passport dengan visa akan diperiksa. Kemudian, disebabkan kami akan berada lama disini, kami juga dikehendaki menunjukkan keputusan x-ray yang telah dibuat di Malaysia . Tiada sebarang masalah kepada kami untuk melepasi semua ini kerana telah dimaklumkan lebih awal. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Perjalanan kami ke UK yang turut ditemani oleh 121kg barang ditambah dengan 3 'hand luggage' dan satu beg laptop adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Di KLIA, tidaklah menjadi masalah besar kerana kami dibantu oleh sanak saudara yang menghantar kami. Tetapi yang bakal menjadi masalah ialah apabila tiba di Heatrow, London. Bagaimanakah kami suami isteri dengan tiga anak kecil nak membawa barang keluar dari airport. Dengan nak kena istihar pada kastam lagi. Satu isu besar yang cukup membimbangkan. Pun begitu, kami selalu ingat bahawa doa orang musafir insyaAllah akan dimakbulkan. Justeru, kami terus berdoa kepada Allah agar dimudahkan segala urusan.

Selepas proses imigresen, kami pun bergerak ke tempat pengambilan barang. Sebaik turun dari tangga mata kami terus melirik kepada satu troli bertulis 'porter'. Apa benda ni? Terus saya bertanya seorang lelaki india yang memakai baju bertulis porter. Katanya, mereka menyediakan servis untuk menghantar barang hingga keluar dari airport. Alhamdulillah, itulah bagi kami bantuan dari Allah. Doa musafir kami di makbulkan Allah. Lelaki india porter tersebut menolong kami mendapatkan semua barang dari 'belt' dan seterusnya menolak troli ini keluar. Servis ini mengenakan bayaran 18 pound.

Setelah itu, kami perlu melalui kastam untuk mengistiharkan barang-barang. Disebabkan ada makanan yang dibawa, maka kami masuk melalui pintu merah. Sampai diruangan itu, kami mencari kastam. Tiada pegawai yang bertugas disitu. Lalu porter mencadangkan agar saya membuat panggilan di telefon yang ada diruang itu. Terus ditelefon, bercakap dengan pegawai di talian telefon dan pegawai itu bertanya apa yang mahu saya istihar. Saya cakap ada rempah ratus untu masakan. Selepas beberapa soalan lain yang dijawab dengan hanya dengan 'NO', kami diberikan kelepasan untuk berlalu tanpa perlu membuka kotak-kotak barang yang banyak. Alhamdulillah, satu lagi bantuan dari Allah.

Pengalaman kami di Australia, jelas menunjukkan bahawa di Heatrow, pemeriksaan kastamnya tidaklah terlalu ketat. Jika di Australia, semua barang yang hendak dibawa akan melalui mesin untuk diperiksa dengan teliti. Sukar sekali untuk melepasi kawalan kastam di Australia. Tetapi di Heatrow, tidaklah terlalu tegas. Jika kami melalui pintu hijau pun, tiada sebarang pemeriksaan akan dilakukan. Itu yang kami nampak. Wallahualam.















Troli porter yang penuh dengan barang kami selepas melepasi kastam

Selepas kastam, porter tersebut turut membantu kami dengan menelefon kawan kami yang akan menyambut di sini iaitu Tazli dan Firdaus. Selepas hampir 15 minit mereka tiba di airport. Porterlah yang membantu menunjuk jalan keluar seterusnya berjumpa dengan Tazli dan Firdaus serta memasukkan semua barang-barang dalam kenderaan mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang membantu. Semoga Allah memberikan kita semua kebahagiaan di dunia dan akhirat.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...

    Jumpa lagi di Malaysia dengan Dr. Mohd Fakhizan...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Nasib baik ada porter membantu! Serius banyak barang! heheh..

    ReplyDelete