Pun begitu, turut tercatat peristiwa seperti Saidina Abdul Rahman Auf yang hanya mahukan ditunjukkan kepadanya pasar untuk beliau berniaga. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa, walaupun kaum muhajirin ditawarkan dengan pelbagai tawaran hebat dari kaum Ansar mereka tidaklah mengambil kesempatan. Tetapi hanya mengambil sekadar yang diperlukan sahaja.
Di Nottingham, sudah menjadi rutin sekiranya ada keluarga pelajar dari Malaysia yang berpindah ke mari akan di berikan satu 'host'. Keluarga yang baru datang akan tinggal di rumah 'host' sehingga mereka mendapat rumah sendiri. 'Host' akan turut membantu keluarga yang baru datang untuk 'settle down' disini. Alhamdulillah, keluarga kami telah dipersaudarakan dengan keluarga Abang Fadil dan Kak Farizah. Kami rasa bersyukur kepada Allah kerana dipersaudarakan dengan mereka. Sikap ramah dan mesra mereka menjadikan tidak kekok langsung berada disini. Semoga peristiwa hijrah di zaman nabi akan menjadi pedoman buat kami untuk menjadikan persaudaraan di Nottingham ini benar-benar bermakna. Dan mudah-mudahan persaudaraan ini akan membuahkan ukhuwwah fillah yang berkekalan hingga ke akhirat.