Friday 3 February 2012

Bacalah..bacalah..bacalah

Assalamualaikum wbh,

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kaedah membaca anak-anak di UK. Ini bukanlah kisah kejayaan Ammar atau Aisyah yang lancar membaca tetapi perkara yang membuatkan saya merenung & koreksi diri sendiri mengapa mereka agak lambat membaca berbanding rakan-rakan seusia.

Saya telah menyatakan kebimbangan saya kepada TA ( Teacher Assistant) di sekolahnya sejak awal kemasukannya ke Year 1 (September 2011), bukan sahaja mengenai masalah membaca tetapi juga spelling yang saya rasakan Ammar agak ketinggalan. ini kerana Ammar banyak ketinggalan bilamana proses kemasukannya ke Radford Primary School terpaksa dibicarakan kerana had maksima murid ialah 30 orang..( panjang pulak nak citer how we struggled & fight really hard to get his placement at school tetapi Alhamdulillah ada pihak hospital yang memberi sokongan)

Alhamdulillah guru tersebut memberi tunjuk ajar serba sedikit tetapi saya tetap tak berpuas hati bila dia memberi komen "He is among the brightest student in the class." Bagi saya Ammar memerlukan extra support in reading sebab dia tak berkesempatan untuk belajar asas dalam phonics kerana hanya belajar di class Reception selama 3 bulan sahaja. Saya memberitahu guru tersebut saya agak 'tension' apabila cuba membaca & mengeja perkataan di dalam koleksi buku 'Oxford Reading Tree' yang dibekalkan kepada murid-murid untuk membaca di rumah setiap hari. Alhamdulillah setelah berjumpa dengan guru tersebut, saya akui kelemahan & kesilapan saya yang terlalu mengharapkan anak2 'perfect'. Saya cuba mempraktikkan phonics ketika kami santai2, ketika makan.. sewaktu dalam kereta dan tak semestinya dok mengadap buku.. tapi masih tak berhasil. Maafkan Ummi, anak-anakku sayang. Akhirnya, tugas membaca buku saya serahkan kepada suami tercinta sebab kalau baca dengan Ummi, pasti suara akan naik & saya akan tension. ' Ya Allah, kurniakanlah daku kesabaran untuk mengajar anak-anakku sendiri'.

Empat bulan sudah berlalu dan saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menunjukkan lorong-lorong untuk mendidik diri ini. Inilah peluang untuk saya menuntut ilmu & berkongsi pengetahuan dengan semua. Semalam sewaktu pulang dari sekolah, Ammar dibekalkan dengan sekeping 'laminated paper' & 2 btg marker pen. Guru tersebut memberinya kepada saya dalam masa kurang 15 saat dan memberi tahu untuk praktis 'writing & sound.'



** Ammar bergitu bersemangat buat extra homework ni.


Alhmdulillah dia boleh menyebut semua nama huruf & bunyinya dengan betul dan sebelum ini saya perhatikan dia memang dah kenal huruf tapi bermasalah dalam kaedah 'blending', iaitu untuk menggabungkan kesemua bunyi (phonemes). Alhmdulillah.. tadi saya bertemu semula dengan guru tersebut dan memberitahu apa sebenarnya masalah Ammar (& Aisyah juga), InshaAllah akan saya kongsikan nanti ye bila dah dapat tips2 tersebut.

Untuk pengetahuan semua, di sini saya kongsikan bagaimana phonics diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun di UK ni:

TAHAP 1: 3 tahun (saya pun baru belajar last few weeks sebab 4 bulan placement sebelum ini adalah berkaitan nombor (numeracy)


  • Dimulakan dengan menyebut nama murid, cth: Sarah

  • Sarah bermula dengan bunyi 'Sssssss' dan sebutan 'Ssssss' akan diulang banyak kali

  • Ajak anak berfikir: Apakah perkataan yang bermula dengan bunyi 'ssssssss'?

  • Let them think & say out the word (It's a fun guessing game in the nursery)

  • cth jawapan: (English: Spoon,song,sword), (BM: sayur, sayang,satu)

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yenti,

    Apa khabar? Semoga Yenti sekeluarga sihat hendaknya. Seronok baca info2 tentang pendidikan anak2 ini dari yenti. Tak sabar menanti tulisan seterusnya:)

    Just nak sharing dengan yenti, satu website tentang phonics yang anak-anak ana suka nengok. www.starfall.com

    Semoga bermanfaat:)

    Ana/Aziz

    ReplyDelete
  2. salam..saya ingin bertanyakan mengenai skolah di sana utk anak2 sy..sy akan register di nott uni 1/10/12..anak sy berumur dr 1,2,3 dan 6 thn. boleh x saudara critakan berkenaan sekolah, bayaran, tmpt dsb....trima kasih bnyk....:)

    ReplyDelete