Tuesday 29 January 2008

Petronas Tawar Biasiswa Ijazah Sarjana

SYARIKAT petroleum dan gas terkemuka, Petronas menawarkan biasiswa untuk mengikuti Ijazah Sarjana Sains Geosains Petroleum serta Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Petronas (UTP), bagi kemasukan bulan depan.

Pengarah Pengajian Pasca Siswazah universiti itu, Prof Madya Dr Mohd Noh Karsiti, berkata tajaan itu meliputi pembiayaan yuran dan pelbagai elaun termasuk pengajian bulanan dan terakhir, penempatan, buku, tesis, geran komputer serta penyelidikan.

Beliau yang tidak menjelaskan jumlahnya berkata, penawaran biasiswa itu adalah peluang keemasan ke arah peningkatan kerjaya dalam industri petroleum dan gas yang kini berkembang pesat di seluruh dunia.


“Industri petroleum dan gas masih kekurangan tenaga pakar, bukan saja di Malaysia malah dalam pasaran antarabangsa.

“Petronas memerlukan kira-kira 1,000 tenaga pakar tambahan dalam bidang geologi dan geofizik. Keadaan sama turut dialami banyak syarikat sokongan berkaitan industri petroleum dan gas.

“Justeru, Petronas mengambil inisiatif menjana lebih ramai tenaga pakar dalam industri global ini yang jelas menyediakan masa depan kerjaya yang cerah,” katanya di Putrajaya, baru-baru ini.

From: Berita harian

No comments:

Post a Comment