- Pertama sekali, saya ingin mengajak diri sendiri dan semua yang membaca tulisan ini untuk bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Kerana susungguhnya hanya orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
- Saya bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada saya untuk pulang ke tanah air bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan pengundi para pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) ini.
- Saya kira pilihanraya kali ini ialah yang terbaik pernah berlaku sepanjang saya celik akan politik tanah air. Terbaik tidak bermaksud sempurna dari segala bentuk ketidakadilan yang sememangnya manusia secara fitrahnya inginkan. Sebagai contoh mudah dan jelas ketidakadilan yang berlaku dalam sistem pilihanraya Malaysia ialah penguasaan media oleh Barisan Nasional (BN). Ketika sedang menunggu di sebuah kedai makan, saya sempat menonton berita di satu stesen TV. Dari awal sehinggalah ke akhirnya, BN menggunakan ruang berita di TV itu untuk berkempen tanpa memberikan sedikit pun ruang bagi Pakatan Rakyat (PR) menjawab segala persoalan dan tuduhan yang dicanang oleh pihak media berkenaan. Saya kira ini merupakan satu ketidakadilan yang perlu dibaiki agar rakyat dapat menilai dengan adil dan memilih dengan bijak. Di negara maju seperti UK (tempat saya menetap buat masa ini), semua pihak diberikan ruang untuk berkempen di media TV semasa pilihanraya. Hinggakan, tidak perlu lagi untuk parti-parti yang bertanding membazirkan duit untuk poster-poster, kain rentang, bendera-bendera dan lain-lain yang akhirnya hanya menjadi sampah. Alangkah, baiknya jika peruntukan untuk itu dapat disalurkan kepada mereka yang amat memerlukan dengan cara yang paling bijak. Mungkin dengan itu, tiada lagi yang layak menerima BRIM selepas PRU. Dengan media yang adil rakyat dapat menilai dengan lebih baik kerana semua pihak boleh berhujah dengan matang dalam semua isu yang dibangkitkan. Politik sebeginilah yang amat saya idamkan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. Saya doakan semoga Allah mengizinkan ianya berlaku di Malaysia.
- Kepada kerajaan BN yang telah diumumkan menang di peringkat persekutuan dalam PRU ke 13, saya mohon agar menjalankan amanah dengan adil, beramanah dan penuh integriti. Kerajaan perlu bertindak menghentikan semua pihak yang cuba membangkitkan sentimen perkauman walaupun DAP memenangi bilangan kerusi yang besar. Hakikatnya,dikebanyakan kerusi ,jika DAP tidak menang, maka MCA (BN) yang menang juga adalah dari bangsa Cina. Bahkan DAP mendapat majoriti yang besar hasil juga dari undi bangsa Melayu yang menolak politik sempit perkauman. Demikian juga, ada bangsa Cina dan India yang tidak lagi segan silu untuk menjulang bendera Parti Islam Semelaysia (PAS) bahkan bertanding atas tiket PAS. Ini menunjukkan tembok perkauman sudah mula terhakis yang merupakan satu petanda yang baik untuk masa depan negara yang kita cintai.
- Dakwaan sesetengan pihak yang menyatakan DAP adalah komunis perlu ditepis kerana tidak ada sebarang bukti yang sahih. Jika ada, saya percaya kerajaan telah pun mengambil tindakan yang sepatutnya kerana negara kita menolak ideologi komunis ini. Saya bimbang jika dakwaan sedemikian dibiarkan berterusan akan menyebabkan kebenciaan antara kaum dan persengketaan berterusan. Sepatutnya, kita mesti hidup dengan berkasih saying, bertolak ansur dan bertimbang rasa agar wujud keharmonian dalam negara kita. Di dalam Islam pun, kita tidak pernah diajar untuk bersengketa dengan kaum lain. Bagaimanakah dakwah Islam akan dapat disampaikan dan diterima oleh kaum lain jika ada sengketa kepada mereka? Kita umat Islam percaya bahawa dengan hanya bertaqwa kepada Allah dan beramal dengan ajaran Islam sahajalah kita akan mati dalam keadaan yang baik dan dapat memasuki syurga Allah. Sesungguhnya, hanya syaitan sahaja yang mahukan manusia mati dalam kekufuran yang tempatnya adalah neraka. Justeru, kita perlu berkasih sayang sesama manusia tidak kira bangsa agar kita menjadi pendakwah yang dapat menarik hati manusia ke arah hidayah Allah.
- Buat PR yang masih belum berjaya menguasai majoriti parlimen dan membentuk kerajaan, saya harap agar jangan mudah kecewa dan putus asa. Jadilah, pembangkang yang baik untuk mendesak kerajaan melakukan perubahan kearah Malaysia yang lebih gemilang. Sesungguhnya, perjuangan kearah yang lebih baik tidak akan pernah terhenti dan tidak akan pernah tewas. Sabarlah dan redhalah dengan segala ketentuan Allah. Saya kira ini merupakan siri latihan dari Allah untuk mendidik pemimpin-pemimpin , ahli-ahli serta penyokong-penyokong PR untuk bersabar. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
- Jika sekiranya ada bukti yang mencukupi tentang dakwaan penipuan dan salah laku mana-mana pihak dalam PRU yang lepas, saya harap tindakan yang amat bijak, berhati-hati dan penuh bijaksana diambil oleh semua pihak terlibat dalam usaha memastikan negara kita terus aman dan sentosa. Saya berdoa kepada Allah agar terus mengurniakan kesejahteraan dan keamanan kepada negara kita dan rakyatnya akan terus hidup dengan mesra, berkasih-sayang dan bertolak ansur.
- Akhir sekali, buat semua rakyat Malaysia, saya menyeru untuk kita bersatu sebagai rakyat Malaysia walaupun kita berbeza pandangan. Bilamana perlu, berhujahlah dengan fakta dan bukti secara rasional tanpa emosional untuk mencari kebenaran, bukannya mencari gaduh. Jangan mudah percaya serta menyebar fitnah dan nista yang menyebabkan sengketa antara kita. Takutlah kepada Allah yang kepadaNya kita akan kembali. Semoga, kita dapat hidup dengan aman, harmoni dan sejahtera sehinggalah kita semua mati dalam keadaan yang baik dan di masukkan ke syurga Allah yang di dalamnya dijanjikan dengan kebahagiaan yang abadi.
Wednesday, 8 May 2013
Coretan Perantau PASCA PRU13
Friday, 9 November 2012
Hajj Pre-departure Programme
Monday, 1 October 2012
Hutang, Haji dan Doa
Saya dan isteri ingin menggunakan ruang ini untuk bertanya jika ada saya dan isteri berhutang dengan sesiapa. Jika ada sila maklumkan dan insyaAllah akan cuba kami langsaikan. Hutang budi pastinya tak mampu kami bayar. Tetapi hutang wang ringgit dan harta benda insyaAllah, akan kami usahakan membayarnya.
Read more...
Thursday, 27 September 2012
Goodbye our litle darling...
A very special girl...
In the dark room...
Thank You Allah...
Aisyah's Tears...
Friday, 3 February 2012
Bacalah..bacalah..bacalah
Assalamualaikum wbh,
Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kaedah membaca anak-anak di UK. Ini bukanlah kisah kejayaan Ammar atau Aisyah yang lancar membaca tetapi perkara yang membuatkan saya merenung & koreksi diri sendiri mengapa mereka agak lambat membaca berbanding rakan-rakan seusia.
Saya telah menyatakan kebimbangan saya kepada TA ( Teacher Assistant) di sekolahnya sejak awal kemasukannya ke Year 1 (September 2011), bukan sahaja mengenai masalah membaca tetapi juga spelling yang saya rasakan Ammar agak ketinggalan. ini kerana Ammar banyak ketinggalan bilamana proses kemasukannya ke Radford Primary School terpaksa dibicarakan kerana had maksima murid ialah 30 orang..( panjang pulak nak citer how we struggled & fight really hard to get his placement at school tetapi Alhamdulillah ada pihak hospital yang memberi sokongan)
Alhamdulillah guru tersebut memberi tunjuk ajar serba sedikit tetapi saya tetap tak berpuas hati bila dia memberi komen "He is among the brightest student in the class." Bagi saya Ammar memerlukan extra support in reading sebab dia tak berkesempatan untuk belajar asas dalam phonics kerana hanya belajar di class Reception selama 3 bulan sahaja. Saya memberitahu guru tersebut saya agak 'tension' apabila cuba membaca & mengeja perkataan di dalam koleksi buku 'Oxford Reading Tree' yang dibekalkan kepada murid-murid untuk membaca di rumah setiap hari. Alhamdulillah setelah berjumpa dengan guru tersebut, saya akui kelemahan & kesilapan saya yang terlalu mengharapkan anak2 'perfect'. Saya cuba mempraktikkan phonics ketika kami santai2, ketika makan.. sewaktu dalam kereta dan tak semestinya dok mengadap buku.. tapi masih tak berhasil. Maafkan Ummi, anak-anakku sayang. Akhirnya, tugas membaca buku saya serahkan kepada suami tercinta sebab kalau baca dengan Ummi, pasti suara akan naik & saya akan tension. ' Ya Allah, kurniakanlah daku kesabaran untuk mengajar anak-anakku sendiri'.
Empat bulan sudah berlalu dan saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menunjukkan lorong-lorong untuk mendidik diri ini. Inilah peluang untuk saya menuntut ilmu & berkongsi pengetahuan dengan semua. Semalam sewaktu pulang dari sekolah, Ammar dibekalkan dengan sekeping 'laminated paper' & 2 btg marker pen. Guru tersebut memberinya kepada saya dalam masa kurang 15 saat dan memberi tahu untuk praktis 'writing & sound.'
** Ammar bergitu bersemangat buat extra homework ni.
Alhmdulillah dia boleh menyebut semua nama huruf & bunyinya dengan betul dan sebelum ini saya perhatikan dia memang dah kenal huruf tapi bermasalah dalam kaedah 'blending', iaitu untuk menggabungkan kesemua bunyi (phonemes). Alhmdulillah.. tadi saya bertemu semula dengan guru tersebut dan memberitahu apa sebenarnya masalah Ammar (& Aisyah juga), InshaAllah akan saya kongsikan nanti ye bila dah dapat tips2 tersebut.
Untuk pengetahuan semua, di sini saya kongsikan bagaimana phonics diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun di UK ni:
TAHAP 1: 3 tahun (saya pun baru belajar last few weeks sebab 4 bulan placement sebelum ini adalah berkaitan nombor (numeracy)
- Dimulakan dengan menyebut nama murid, cth: Sarah
- Sarah bermula dengan bunyi 'Sssssss' dan sebutan 'Ssssss' akan diulang banyak kali
- Ajak anak berfikir: Apakah perkataan yang bermula dengan bunyi 'ssssssss'?
- Let them think & say out the word (It's a fun guessing game in the nursery)
- cth jawapan: (English: Spoon,song,sword), (BM: sayur, sayang,satu)
