Friday, 3 February 2012

Bacalah..bacalah..bacalah

Assalamualaikum wbh,

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kaedah membaca anak-anak di UK. Ini bukanlah kisah kejayaan Ammar atau Aisyah yang lancar membaca tetapi perkara yang membuatkan saya merenung & koreksi diri sendiri mengapa mereka agak lambat membaca berbanding rakan-rakan seusia.

Saya telah menyatakan kebimbangan saya kepada TA ( Teacher Assistant) di sekolahnya sejak awal kemasukannya ke Year 1 (September 2011), bukan sahaja mengenai masalah membaca tetapi juga spelling yang saya rasakan Ammar agak ketinggalan. ini kerana Ammar banyak ketinggalan bilamana proses kemasukannya ke Radford Primary School terpaksa dibicarakan kerana had maksima murid ialah 30 orang..( panjang pulak nak citer how we struggled & fight really hard to get his placement at school tetapi Alhamdulillah ada pihak hospital yang memberi sokongan)

Alhamdulillah guru tersebut memberi tunjuk ajar serba sedikit tetapi saya tetap tak berpuas hati bila dia memberi komen "He is among the brightest student in the class." Bagi saya Ammar memerlukan extra support in reading sebab dia tak berkesempatan untuk belajar asas dalam phonics kerana hanya belajar di class Reception selama 3 bulan sahaja. Saya memberitahu guru tersebut saya agak 'tension' apabila cuba membaca & mengeja perkataan di dalam koleksi buku 'Oxford Reading Tree' yang dibekalkan kepada murid-murid untuk membaca di rumah setiap hari. Alhamdulillah setelah berjumpa dengan guru tersebut, saya akui kelemahan & kesilapan saya yang terlalu mengharapkan anak2 'perfect'. Saya cuba mempraktikkan phonics ketika kami santai2, ketika makan.. sewaktu dalam kereta dan tak semestinya dok mengadap buku.. tapi masih tak berhasil. Maafkan Ummi, anak-anakku sayang. Akhirnya, tugas membaca buku saya serahkan kepada suami tercinta sebab kalau baca dengan Ummi, pasti suara akan naik & saya akan tension. ' Ya Allah, kurniakanlah daku kesabaran untuk mengajar anak-anakku sendiri'.

Empat bulan sudah berlalu dan saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menunjukkan lorong-lorong untuk mendidik diri ini. Inilah peluang untuk saya menuntut ilmu & berkongsi pengetahuan dengan semua. Semalam sewaktu pulang dari sekolah, Ammar dibekalkan dengan sekeping 'laminated paper' & 2 btg marker pen. Guru tersebut memberinya kepada saya dalam masa kurang 15 saat dan memberi tahu untuk praktis 'writing & sound.'



** Ammar bergitu bersemangat buat extra homework ni.


Alhmdulillah dia boleh menyebut semua nama huruf & bunyinya dengan betul dan sebelum ini saya perhatikan dia memang dah kenal huruf tapi bermasalah dalam kaedah 'blending', iaitu untuk menggabungkan kesemua bunyi (phonemes). Alhmdulillah.. tadi saya bertemu semula dengan guru tersebut dan memberitahu apa sebenarnya masalah Ammar (& Aisyah juga), InshaAllah akan saya kongsikan nanti ye bila dah dapat tips2 tersebut.

Untuk pengetahuan semua, di sini saya kongsikan bagaimana phonics diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun di UK ni:

TAHAP 1: 3 tahun (saya pun baru belajar last few weeks sebab 4 bulan placement sebelum ini adalah berkaitan nombor (numeracy)


  • Dimulakan dengan menyebut nama murid, cth: Sarah

  • Sarah bermula dengan bunyi 'Sssssss' dan sebutan 'Ssssss' akan diulang banyak kali

  • Ajak anak berfikir: Apakah perkataan yang bermula dengan bunyi 'ssssssss'?

  • Let them think & say out the word (It's a fun guessing game in the nursery)

  • cth jawapan: (English: Spoon,song,sword), (BM: sayur, sayang,satu)
Read more...

Tuesday, 13 December 2011

Home Dinner atau School Dinner?





8 September 2010:: 'School Visit' pertama di Nursery School



Bismillahirrahmanirrahim

Setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk menulis, kugagahkan diri jua untuk berkongsi tentang pengalaman kami di sini. Kembara menuntut ilmu, bukan sahaja buat si Ayah demi segulung PHD tetapi buat kami seisi keluarga. Terlalu banyak untuk dikongsi bersama, InshaAllah.

Alhamdulillah, rumah kami berdekatan dengan Nottingham Nursery School & Training Center.. satu-satunya sekolah Nursery yang tidak diletakkan di bawah pentadbiran sekolah rendah. Suasananya memang menyeronokkan, dengan kos yang menelan hampir £4 juta- prasarana yang pasti membuatkan kanak-kanak seronok untuk bersekolah. Penulisan mengenai sekolah ini, ingin saya berkongsi tentang wasiat Ibnu Sina dalam soal pendidikan anak-anak:

"Hendaklah anak yang belajar di sekolah itu mempunyai teman-teman yang ramai, baik adabnya, senonoh adat dan tertibnya, sebab anak-anak itu, satu dengan yang lain akan tiru-meniru, ambil mengambil dan bermesra-mesraan."

Alhamdulillah, Allah memelihara Ammar & Aisyah daripada gejala-gejala yang kurang sihat yang amat dikhuatiri oleh ibubapa apabila anak-anak bersekolah di Barat. Mungkin juga kerana suasana kasih-sayang yang diterapkan oleh guru-guru yang mendidik dengan penuh kesabaran dan amat menghormati anak kecil. Syukur kepada Allah SWT yang memberi peluang kepada anak-anak untuk membesar dalam suasana persekolahan yang menyeronokkan. Sistem persekolahan di UK adalah percuma.

Nursery School
3 tahun = 3 jam (900pagi-1200 tengahari)
4 tahun = tambahan 3 jam (1230tengahari-330petang)

Primary School (6 jam 30 minit, 900pagi-330petang)
4 tahun = Reception
5 tahun = Year 1

Selalunya jika kita makan tengahari, kita panggil lunch tetapi di sini istilahnya ialah "Dinner" yang bermaksud hidangan yang lengkap. Setelah anak-anak mencapai umur 4 tahun, mereka boleh bersekolah di kedua-dua sesi dan boleh memilih samada untuk makan di sekolah bersama rakan-rakan dan guru atau pulang ke rumah. Caj "School Dinner" untuk sehari ialah:

Nursery School: £3.05
Primary School: £1.60
Hidangan warna-warni yang sihat & berkhasiat

Sekolah di kawasan Radford ini amat mementingkan kualiti dan kebersihan makanan. Kelas Aisyah (Reception) tidak dibenarkan membawa bekal. Makanan yang disediakan di Nursery School semuanya berasaskan sayur-sayuran (Vegetarian) tetapi di Primary School agak membimbangkan kerana bercampur dengan daging. Sistem untuk kanak-kanak kelas R masih tidak membimbangkan kerana mereka akan memakai 'gelang' sewaktu memegang tray untuk diisi makanan oleh Dinner Lady. Pemilihan makanan dibuat bersama ibubapa sebelum kelas bermula. Tetapi semenjak Ammar berada di Year 1, mereka diberi kebebasan untuk memilih sendiri. Hanya sebulan Ammar & Aisyah mengambil School Dinner dan kami memutuskan untuk membawa mereka pulang seperti kebiasaan di Nursery School pada semester lepas. Waktu 'Home Dinner' ialah 11.45pagi dan perlu kembali ke sekolah pada pukul 1250tengahari.



Alhamdulillah, jarak antara rumah dan sekolah hanya 2 minit berjalan kaki membolehkan Ammar & Aisyah pulang setiap hari untuk "Home Dinner"

ibrah daripada perkongsian saya kali ini ialah

1. Kepentingan untuk makan berjemaah sesama ahli keluarga. Mentor saya di sekolah bercerita, walaupun anak-anaknya sudah berkeluarga,mereka mempunyai rutin untuk pulang ke rumah setiap Khamis untuk makan malam bersama-sama. Jika di Malaysia, balik kampung sekali-sekala :) Di meja makan dapatlah kita eratkan kasih-sayang dan mengamalkan sunnah bercakap ketika makan sepertimana oleh Muslim daripada Jabir r.a.; katanya

" Bahwasanya Nabi saw pernah menanyakan kepada isterinya lauk pauk. Maka baginda diberitahu : Tidak ada pada kami melainkan cuka semata. Maka baginda pun meminta cuka itu, serta mencampurkannya dengan makanan, seraya berujar: Sangat Sedap lauk-pauk cuka ini!Sangat Sedap lauk-pauk cuka ini!"


2. Berdasarkan pemerhatian kami, anak-anak mula terpengaruh untuk makan dengan tangan kiri setelah bersekolah. Ini disebabkan penggunaan 'fork & spoon' yang diajar di sekolah. Ammar & Aisyah pun mula meniru adab kurang sopan ini kerana memang di sekolah cikgu-cikgu turut makan snack dengan tangan kiri. Sebagai ibubapa kita perlu sentiasa mengingatkan anak-anak tentang proper eating manner in Islam sebagaimana sunnah Rasulullah SAW untuk makan dengan tangan kanan, dan yang di hadapan dengannya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Umar bin Abu Salamah r.a katanya: Aku pernah berada di pangkuan Rasulullah sewaktu aku masih kecil, dan tanganku sentiasa meraba-raba dalam asahan makanan. Maka berkata Rasulullah SAW kepadaku:

"Wahai anak kecil! Baca Bismillah, makan dengan tangan kananmu, dan makan dengan apa yang ada di hadapanmu."


InshaAllah jumpa lagi di masa akan datang.. Wallahu'alam
Read more...

Thursday, 2 September 2010

Sifat manusia yang tergesa-gesa

A Good Article from Times
It's been 18 years since I joined Volvo, a Swedish company. Working for them has proven to be an interesting experience. Any project here takes 2 years to be finalized, even if the idea is simple and brilliant. It's a rule.
Globalized processes have caused in us (all over the world) a general sense of searching for immediate results..
Therefore, we have come to possess a need to see immediate results.
This contrasts greatly with the slow movements of the Swedish. They, on the other hand, debate, debate, debate, hold x quantity of meetings and work with a slowdown scheme. At the end, this always yields better results.

1. Sweden has 2 million inhabitants.
2. Stockholm has 500,000 people.
3. Volvo, Escania, Ericsson, Electrolux, are some of its renowned companies. Volvo even supplies NASA.

The first time I was in Sweden , one of my colleagues picked me up at the hotel every morning. It was September, bit cold and snowy. We would arrive early at the company and he would park far away from the entrance (2000 employees drive their car to work).
 
The first day, I didn't say anything, neither the second or third days. One morning I asked him, "Do you have a fixed parking space?
I've noticed we park far from the entrance even when there are no other cars in the lot."
To which he replied, "Since we're here early we'll have time to walk, don't you think that whoever gets in late will need a place closer to the door?" Imagine my face.

Nowadays, there's a movement in Europe named Slow Food. This movement establishes that people should eat and drink slowly, with enough time to taste their food, spend time with the family, friends, without rushing. Slow Food is against its counterpart, Fast Food and what it stands for as a lifestyle. Slow Food is the basis for a bigger movement called Slow Europe, as mentioned by Business Week.

Basically, the movement questions the sense of "hurry" and "craziness" generated by globalization, fuelled by the desire of "having in quantity" (life status) versus "having with quality", "life quality" or the "quality of being".

French people, even though they work 35 hours per week, are more productive than Americans or British. Germans have established 28.8 hour workweeks and have seen their productivity driven up by 20%..
This slow attitude has come to the notice of USA , the pupils of the fast and "do it now" brigade.
This no-rush attitude doesn't represent doing less or having a lower productivity.
It means working and doing things with greater quality, productivity, perfection, with attention to detail and less stress.
It means taking humans' essential values, the simplicity of living. It stands for a less coercive work environment, more happy, lighter and more productive work place where humans enjoy doing what they know best how to do.

It's time to stop and think on how companies need to develop serious quality with no-rush that will increase productivity and the quality of products and services, without losing the essence.

Many of us live our lives running behind time, but we only reach it when we die of a heart attack or in a car accident rushing to be on time. Others are so anxious to live for the future that they forget to live the present, which is the only time that truly exists.
We all have equal time throughout the world. No one has more or less. The difference lies in how each one of us does with our time. We need to live each moment.
 
Congratulations for reading this email till the end of this message. There are many who will have stopped in the middle so as not to waste time in this "Globalized" world...... !!! Read more...

Friday, 20 August 2010

Ammar yang sungguh istimewa

Istimewanya anak kami ini hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..Disahkan menhidapi Severe Haemohilia A setelah beberapa jam selepas dilahirkan di King Edward Maternity Hosptal, Perth pada 12 Mac 2006. Read more...

Saturday, 3 July 2010

Cerita 2: Antara PhD dan Hubungan dengan Allah

Cerita juga adalah berdasarkan kisah benar berkenaan seorang kawan yang telah pun menamatkan PhD di Rusia. Beliau berjaya menamatkan PhDnya kurang dari tiga tahun dengan izin Allah. Alhamdulillah. Boleh dikatakan hanya dua tahun lebih sahaja beliau berusaha untuk PhDnya.


Yang menariknya, seorang kawan yang lain telah memberitahu bahawa kawan yang mendapat PhD dari Rusia ini, selalu pergi menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Untuk sampai ke Masjid dari rumahnya beliau terpaksa menaiki dua buah keretapi dan memakan masa yang agak panjang. Di negara sesejuk Rusia, beliau begitu istiqamah menunaikan solat berjemaah di Masjid walaupun menghadapi kesukaran untuk ke Masjid. Itulah pada saya yang menjadikan hubungannya dengan Allah begitu kuat hingga Allah memberinya kekuatan dan kemudahan dalam PhD nya.

Pengajarannya, bagi saya dan kawan-kawan yang sedang terjerumus dalam dunia PhD terutamanya, jadikan ia sebagai medan untuk meningkatkan hubugan kita dengan Allah. Yang berkuasa memudahkan dan memberikan ilham kepada kita hanyalah Allah. Yakinlah, dengan sebenar-benar yakin. InsyaAllah, Allah jua Maha Besar, Maka Kaya, Maha Mengetahui dan Maha Memberi.

Pun begitu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)

Read more...