Thursday 8 May 2008

Salam Dari Niagara Fall, Ontario, Canada


Identititi seorang muslim:

Untuk dikenali sebagai seorang muslim di sini, saya memilih untuk memakai kupiah hampir setiap masa walaupun saya jarang-jarang pakai kupiah di Malaysia. Terbukti, ramai orang mengenali saya sebagai muslim dari Malaysia tanpa perlu saya perkenalkan diri. Ada saja orang akan memberi salam. Skali pandang kita tak akan tahu orang tu sedara semuslim dengan kita. Bila ditanya, jawabnya, "Alhamdulillah, I am a muslim". Kalau diamati gaya jawab mereka, memang nampak yang mereka disini amatlah menghargai nikmat hidup sebagai seorang muslim.
Saya sempat bersembang dengan salah seorang peserta conference(muslimah) yang juga seorang muslim warganegara Canada. Beliau sedang membuat PhD di salah sebuah universiti disini. Beliau menetap di Canada semenjak berumur sepuluh tahun. Beliau bertanya kepada saya, "Can you speak Arabic?". Dengan penuh rasa malu, saya mengaku, "I can't". Untuk pengetahuan, dia mampu berbahasa Arab dengan fasih. Pada hemat saya, dia juga adalah seorang muslimah yang solehah. Dari gaya sembangnya, pemakaiannya dan serba serbinya, jelas munujukkan beliau seorang muslimah yang taat kepada perintah Allah walaupun tinggal dinegara minoriti umat Islam. Setelah berbincang kami setuju bahawa sebagai seorang muslim kita sepatutnya mampu bertutur atau setidak-tidaknya memahami bahasa Al-Quran tersebut. Inilah, bahasa kita seorang muslim. Keperluan kita memahami bahasa ini bukan sekadar memudahkan komunikasi dengan sudara semuslim kita tetapi yang lebih penting untuk memahami Aq-Quran itu sendiri. Justeru, saya menyeru diri saya sendiri dan semua sahabat-sahabat untuk sama-sama kita mempelajari dan menguasai bahasa Arab. InsyaAllah, untuk kesejahteraan kita. Sedangkan orang yang tinggal di Canada yang minoritinya orang Islam mampu menguasai bahasa Arab, apakaha kita yang tinggal dinegara majoriti umat Islam tidak mampu mengusainya. Cakap memang senang, nak buat yang susah. InsyaAllah, kita tanam azam dulu. :). Tidak salah rasanya kalau saya katakan, bahasa arab juga melambangkan identi kita sebagai muslim.

Adakah hidup kita berkualiti?

Sempat juga saya bersembang dengan driver taxi yang membawa saya dari Toronto ke Niagara Fall yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Beliau adalah seorang warganegara Canada yang berasal dari India beragama Kristian. Banyak dia merungut kepada saya. Antara lain, katanya dia kecewa datang ke Canada ini. Saya tanya "Why sir?". Jawabnya, " anak-anaknya tak berguna, isterinya juga tidak berguna". Setelah berborak lebih lama, barulah saya faham. Disini, institusi keluarga itu tidak ditekankan. Kebanyakan anak-anak yang sudah dewasa tidak akan memperdulikan ibu bapa mereka. Katanya ini berpunca dari sistem pendidikan dan budaya disini. Semuanya merosakkan institusi keluarga. Saya memulakan nasihat dengan bertanya tentang ajaran agamanya untuk menghormati orang tua. Sudah pasti katanya, agamanya mengajar untuk menghormati dan meghargai jasa orang tua. Tetapi, secara hakikatnya, ramai orang yang tidak menurut peraturan yang ditetapkan dalam agama. Itu yang terjadi dimana-mana. Kami turut berbincang tentang keindahan beragama, yang antara lain saya selitkan keindahan Islam. Setelah berborak panjang, kami bersetuju, kalau kita ikut peraturan agama kita, tak kisahlah agama apa pun, pastinya hidup akan lebih berkualiti.
Dan saya juga amat yakin jika seseorang itu lebih dekat dengan agamanya yang bukan Islam, dia akan mengetahui kecelaruan dalam agamanya, dan akhirnya mencari agama yang benar yang tidak lain dari Islam. InsyaAllah.


Further study di US dan Canada?

Walaupun bab ini tiada kesinambungan dengan perbincangan di atas. Tapi saya rasa penting untuk dikongsi. Kalau ada sahabat-sahabat yang berminat untuk further study dengan mengambil Master atau PhD by research, sebenarnya peluang anda cukup luas di US dan Canada. Banyak research grant yang menanti good students macam anda semua. Anda tidak perlu bimbang pasal duit. Anda belajar dan anda dapat duit. Kalau nak lebih lagi, silalah mengajar. Caranya mudah, kalau anda rasa anda ingin tinggal dan mendapat pengalaman hidup di Amerika ni, silalah layari laman-laman web universiti-universiti disini. Contact profesor-profesor yang ada research grant dalam bidang yang anda minati. Walaubagaimanapun, anda mestilah mampu mendomenstrasikan kebolehan anda dengan bukti-bukti yang cukup. Kalau nak terus menetap kan sini pun boleh, senang-senang saja orang dapat PR mahupun resident kat sini. Diorang ni tak cukup orang sebenarnya. Ini saya dapat dari salah satu presentation dalam conference. They need people to migrate and stay here. Tapi, saya tak galakkan orang Malaysia duk sini lama-lama, eloklah kita berkhidmat kat negara kita. Kita jadikan negara kita hub kepada perkembangan dan kemajuan umat Islam sedunia. InsyaAllah. Nak tau lebih lanjut? Kita sembang kemudian. Teleponlah saya, atau datanglah ke rumah.



Akhir kalam....
InsyaAllah, saya akan bertolak balik ke Malaysia hari ini, tak sabar nak jumpa anak-anak dan isteri. Doakan agar saya selamat sampai di Malaysia. Jumpa lagi. Wassalamualaikum wbh.

Gambar di bawah: - Beberapa orang pelajar-pelajar muslim dari negara-negara Islam yang migrate dan menetap di Canada. Kebanyakan meraka memegang status penduduk tetap.














Read more...

Sunday 4 May 2008

Do you want to study in the UK?...Check this

http://www.prospects.ac.uk/cms/ShowPage/Home_page/International_students/p!elmbb Read more...

ISLAMIC DEVELOPMENT BANK SCHOLARSHIP

The Islamic Development Bank Scholarship Programme provides education opportunities for the academically meritorious and financially needy young Muslim students from non-IDB member countries.

The programme enables them to pursue an undergraduate or first-degree study in university and to train them in specified fields in order to improve their social and economic conditions.
It also helps them preserve their cultural and religious identities and make a meaningful contribution to the development of their communities and countries.


At present, the Scholarship Programme focuses on Medicine, Engineering, Agriculture and other related fields such as Dentistry, Pharmacy, Veterinary Science, Nursing, Nutrition Study, Computer Science, Forestry and Fishery.
Additional areas of study include Administration, Management, Marketing, Finance, Banking and Accountancy.
The IDB Scholarship is tenable at any recognized government or private universities in the students' own countries but if not possible, the students may be sent to IDB member countries which participate in the Programme.
It is a scholarship programme and a development programme at the same time, since the scholarship is given as an interest-free loan (Qard Hasan) to the students and as a grant to the Muslim communities to which they belong.
Under the Programme, the students are required to repay the loan after graduation and gainful employment, in easy installments, to a Waqf (Trust) fund set up by the IDB in each non-member country benefiting from the Programme.
For more details and application, visit; Islamic Development Bank Schorship Programme website
http://www.isdb.org/




Read more...